Assalamualaikum…
Kini digagahkan kembali diri untuk mencoret kata- kata.. Pengalaman hidup harus dikongsikan bersama..
Ketika ini, saya sedang rotation psychiatry.. 2 minggu yg penuh dengan pengalaman menarik. Rotation psychiatry menyedarkan saya pentingnya kebergantungan seorang manusia itu dengan tuhannya. Masa 2 minggu yg mungkin singkat bagi yg lain, tapi cukup untuk membuka mata saya..
Allah.. Tuhan yg kita sembah dan Dialah yang mencipta diri kita. Allah, Dialah yg telah memberi kita seluruh nikmat didalam hidup ni, baik makanan, kesihatan, kasih sayang, harta dan keluarga. Kepada Engkaulah kami sembah. Inilah hakikat kehidupan kita. Namun, ramai yg tidak menyedari hakikat ini, atau ramai yang cuba untuk tidak percaya akan hakikat ini. Buatlah bagaimanapun, saya pasti anda akan gagal jika anda memilih untuk tidak percaya hakikat ketuhanan.
Saya melihat, sepanjang posting saya ini, kebanyakan yang datang ke hospital adalah kerana 2 penyakit utama iaitu ‘depression‘ dan juga ‘alcohol dependence‘. Jika dilihat 2 syndrome ini ada kaitannya dengan hubungan manusia dan Sang penciptanya. Lecturer kerap menyebut, ini adalah penyakit alaf baru. Penyakit yg lahir disebabkan manusia yang merasakan jiwanya kosong, tiada siapa yang memahaminya, tiada sesiapa yang mampu membantunya, tiada sesiapa yang lebih malang darinya, dan mereka ini akhirnya berputus asa dari kehidupan.
Benarlah, benarlah apa yang telah difirmankan oleh Allah s.w.t dalam Surah Az-Dzariyat, ayat 56:
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku.
Didalam surah al- baqarah, ayat 30 Allah telah berfirman:
Dan (ingatlah) ketika Tuhan-Mu berfirman kepada para malaikat “aku hendak menjadikan khalifah dibumi.
Tujuan diciptakan manusia adalah untuk mereka menjadi khalifah. Manusia, species yang terpilih untuk diagungkan sebegini.
Jika dikaji dua ayat ini kita akan nampak kaitannya. Dalam persediaan untuk menjadi seorang khalifah, seorang yang hebat, manusia seharusnya tunduk dahulu kepada penciptanya. Inilah yang selalu gagal disedari oleh manusia. Apabila manusia yang hebat ini mempunyai hubungan yang intim dgn Al-Khaliq, pasti mereka bisa menjadi insan yang serba hebat.
Tetapi sebaliknya, jika manusia yang sama ini, tidak mengenali Sang penciptanya, jika mereka gagal memahami erti tujuan penciptaan mereka, maka selama itulah mereka akan sesat dan tidak akan merasaakan kepuasan dalam kehidupan. Mulalah cuba untuk mencari kepuasan dengan cara yg jijik. Meminum arak untuk mendapatkan excitement, courage…sedangkan keberanian yang haq adalah pada mereka yang melaungkan syahadah Allah. Kegembiraan yang hakiki boleh diminta pada Allah. Sedih. Jika difikirkan manusia yang telah diagungkan tadi, telah menjatuhkan diri mereka ke lembah hina.
Bagi yang berkecimpung dengan masalah setiap masa mudah untuk mengalami depression. Tetapi, jika mereka intim dengan Allah pasti mereka tabah dan redha dengan apa yang terjadi. Jika terdetik keimanan di dalam diri mereka, pasti mereka sedar setiap ujian yang telah ditimpakan adalah untuk menguji sejauh mana mereka beriman kepada Allah. Malah, kebergantungan seseorang pada Allah mampu menyebabkan seseorang yang paling banyak masalah itu adalah orang yang paling cemerlang.
Lecturer juga ada menyebutkan antara prognosis yang baik dalam psychiatry ini adalah apabila pesakit mempunyai certain belief in God. Kerna, dengan adanya kuasa yang lebih hebat, kita tahu Dia boleh menolong kita dan memahami perasaan kita walau apapun yang terjadi. Kita sentiasa merasakan bahawa Allah itu jauh dari kita. Sedangkan sebenarnya Allah itu lebih dekat pada kita lebih dari apa yang kita sangkakan. Tika kita lupa untuk mengingatinya, maka itulah loophole bagi syaitan dan hawa nafsu untuk mencari peluang membinasakan kita. Intimnya kita bersama dengan Allah… adakah manusia sedar hubungannya dengan Tuhannya seintim ini? sehinggakan apabila keintiman ini terjejas, kita boleh dilabelkan sebagai pesakit jiwa(orang gila).. Jika dianalisa term Pesakit Jiwa juga memang ada benarnya. Jiwanya ‘kacau’ kerana mencari-cari Sang Khaliq.
Bukti apa yang kita perlukan lagi untuk menunjukkan betapa pentingnya untuk menjadi seorang ‘abid(hamba)?? Mari bermuhasabah. Apa yang kita telah lakukan pada mingg ini yang dapat merapatkan lagi hubungan kita dengan Allah…
Marilah, kita bersama- sama memperbaiki hubungan kita dgn Rabb kita.



