Tarbiyyah dan Dakwah

“ Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat. Maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala.”

Pelik! Pelik! Hadith ini memang pelik!

Our Expectations…..

Apabila kita mendengar permulaan hadith ini, “ Sekiranya berlaku kiamat….”, kita sangka Rasulullah s.a.w akan menyambung sabdanya sebegini…

“… haruslah manusia beramal…”

“…haruslah manusia membersihkan jiwa dan perlakuan mereka..”

“… mintalah keampunan dari Tuhanmu, atas dosa yg dilakukan…”

“.. bertawajjuhlah kpd Allah dgn doa yg ikhlas agar dimatikan dalam keadaan iman dan diterima taubat dan dibangkitkan atas petunjuk…”

“..tinggalkanlah urusan dunia. Lakukanlah amalan akhirat, berzikirlah pada Allah…”

Alangkah leganya kita jika Rasulullah tlh bersabda sedemikian.. jika berlaku kiamat, mintalah keampunan. Memang sudah menjadi fitrah manusia apabila dalam ketakutan dia akan melupakan dunia dan seisinya, malah fokus untuk mencari tuhannya. Dia akan merayu pada waktu itu juga agar dosa- dosanya yang keji itu diampunkan. Mereka terus lupa pada DUNIA..

TETAPI …

Rasulullah tidak bersabda seperti “Our Expectation” di atas…. Rasulullah s.a.w sebaliknya bersabda perkara yang amat menghairankan dan tidak terlintas dihati manusia…

“Aik? Rasulullah nak kita tanam biji buah tamar ni???? Biar betul???  Waktu Kiamat tengah berlaku nih??? Yang maybe hanya berbuah after who knows how many years???!! “

 

Sabdanya yg penuh unik…

Ikhwah akhawat sekalian jika kita teliti maksud hadith ini, isi tersirat dan bukan isi tersuratnya… MasyaALLAH.. hebatnya kata- kata Rasul ALLAH ini… apa yg Kita akan sedari ialah:

CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM ITU SENDIRI:

 “ Jalan akhirat itu juga jalan dunia tanpa ada pemisahan dan persimpangan.”

Dua jalan ini tidak pernah terpisah… apa yg ingin Rasulullah s.a.w sampaikan kpd umat manusia.. “Bekerjalah sehingga ke detik- detik kehidupan..”

Apa yg ingin ditekankan ialah kepentingan untuk “BERKERJA”.

Pemisahan dunia dan akhirat

Pada zaman ini, banyak orang yang memisahkan dunia dari akhirat. Terdapat terlalu banyak pemikran yang ingin cuba memisahkan agama daripada kehidupan dan antara yang terpenting ialah fahaman “sekularisme”. Kita lihat, natijah daripada pemahaman sebegini  menyebabkan manusia akhirnya sesat, manusia akhirnya bercelaru. Mereka berkerja, dan berkerja.. dan berkerja, tanpa henti, mempunyai harta dan kekayaan, tetapi apa yang mereka rasakan dalam lubuk hati mereka ialah penat, resah dan gelisah. Mereka tidak tahu apa matlamat mereka berkerja didunia ini. Lihat sajalah betapa banyaknya penyakit yg timbul akibat “stress”.

Jika kita faham keistimewaan Islam, ”TIADA JALAN PEMISAH DI ANTARA DUNIA DAN AKHIRAT”. At this point, “ Kerja” dan“Ibadah” tidak akan benda yang berasingan. Kerja yg dilakukan dgn niat yg betul, mematuhi syara’ akan secara automatic menjadi Ibadah. Nah.. indahkan ISLAM kita??

Islam melakukan keajaiban ini. Islam menyatukan dunia dan akhirat di atas satu system.

Allah berfirman dalam surah Al- Qasas, ayat 77:

“Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah Dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu didunia dan berbuat baiklah pada yg lain, sebagaimana Allah berbuat baik pada kamu, dan janganlah membuat kerosakan dibumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang membuat kerosakan.”

Dalam mencari kejayaan di akhirat Allah telah mengingatkan kita supaya jangan mengabaikan kehidupan didunia. Dan apabila kita melakukan tuntutan kita di dunia within His Boundaries, kerja kita akan menjadi jalan yg menuju ke akhirat…

Pengislahan Islam di muka bumi masih perlu.. Maka belajarlah, bekerjalah, gunakanlah harta kekayaanmu, mentadbirlah, lakukannya dengan terbaik, dengan kesemuanya di bawah nama ALLAH…

 

Janganlah berputus asa…

Sedar tak sedar jika ikhwah akhawat meneliti hadith ini, anda akan mendapati terdapat satu lagi ibrah(pengajaran) yang penting yang boleh diambil dari hadith ini.

“ Rasulullah s.a.w suruh kita menanam benih tamar yang ada di tangan kita jika kita mampu?? Bukankah ini tidak akan berbuah pum? Kiamat dah nak berlaku dah ni…. Mampukah benih ini tumbuh? Air ada ke lagi? Tanah ada ke lagi? Bukankah bumi ini akan dihancurkan?? Buat apa nak tanam? Sempat ke kita tengok benih ini berbuah??…” inilah soalan yang kita juga fikirkan.

Hakikatnya, ikhwah akhawat yang dikasihi sekalian,

Apa yg Rasulullah s.a.w ingin tekankan ialah “Manusia ini tidak patut berputus asa sehingga ke akhir hayatnya, bahkan lebih lagi, sehingga kiamat,”. Selagi manusia masih bernafas, selagi kiamat belum berlaku, manusia ini hendaklah berusaha, dan berusaha dalam apa jua perkara sekalipun.

Bekerja diatas muka bumi tidak boleh diberhentikan walaupun sesaat disebabkan perasaan PUTUS ASA daripada MENDAPATKAN HASIL.’

Lihatlah para sahabat, tabien, tabien tabien dahulu, bagaimana hasilnya apabila mereka menggabungkan dua jalan ini. Mereka bekerja, mereka mengkaji, mereka menulis ribuan naskah ilmu, dan merekalah yang menguasai tamadun dunia. Sejarah Islam telah membuktikannya. Mereka yang menggabungkan dua jalan ini memanglah menonjol dari umat lain yang cemerlang. Mereka bekerja, dan bekerja dan ‘menanam benih tamar’ yang ada ditangan mereka yang hanya akan berbuah ketika Allah menghendakinya. Mereka ini sedikitpun tidak menghiraukan hasil dari usaha mereka. Memang benarlah Allah pandang pada usaha dan bukan hasil.

Pengajaran buat para Du’ah.

Kitalah golongan yang paling mudah berputus asa dan kitalah golongan yang amat perlukan istiqamah dan teguh dalam dakwah yang kita bawa. Nah, diberi ujian sedikit oleh Allah terus kita berasa takut, malaslah, serba salah untuk teruskan dakwah dan mencari jalan penyelesaian. Aduhai, lemahnya pendakwah zaman ini….

Peniaga yang dalam kerugian, masih ada semangat untuk mengumpul modal kembali dan berniaga, ahli politik yang kalah, masih berusaha untuk menjaga kepentingannya. Mereka semua tidak berputus asa. Kenapa? Yalah, matlamat mereka lebih tangible (boleh dirasa). Kita pula? Matlamat kita adalah lebih besar, lebih jauh malah lebih abstract. Inilah sebabnya, bagi da’ie yang lemah bila ditimpa ujian dan bebanan, hatinya terus kecut, dan takut untuk beraksi di pentas dakwah. Sedihnya…

Nothing is imposibble..

Ikhwah dan akhawat sekalian, jadikanlah hadith ini sebagai motivasi kita, dalam apa jua yang kita ingin lakukan. Musim ini adalah musim kebanyakan dari kita akan menghadapi peperiksaan, jika ada yang terfikir untuk berserah sebelum berusaha, berhentilah! Contohilah para sahabat yang berusaha siang dan malam. Tuntutlah ilmu kerana Allah, dan InsyaALLAH segala bebanan yang dirasakan akan menjadi lebih ringan.

Curahkanlah tenagamu dengan penuh keimanan, bahawa inilah kewajipan dan peranan kita. Kewajipan dan peranan selesai disana, ketika kamu menanam dimuka bumi, bukanlah ketika memetiknya. Berusahalah, dan serahkan pada Allah tentang hasilnya.

Jika anda bertanya pada saya apakah tips untuk menghadapi exam pada kali ini, bagi saya, hadith ini haruslah difahami dan dipraktikkan oleh setiap insan yang bergelar muslim dan ingin mencapai kejayaan bagi Islam. Marilah, mari bersama- sama kita menanam biji buah tamar didunia ini, sebelum sampainya masa kita untuk bertemu dengan Allah s.w.t..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s